Kod Etika MAAB

Kod Etika Kakitangan MAAB

Pengenalan

Kod Etika MAAB menjadi panduan warga kerja untuk berintegriti, profesional dan komited terhadap organisasi serta kerjaya.

Tujuan

• Membina budaya kerja berasaskan nilai murni.
• Meningkatkan tanggungjawab dan etika kerja dalam tugas rasmi.

Visi

Menjadi perbadanan amanah, wasiat dan pusaka terbaik dalam industri.

Misi

• Memberi perkhidmatan pengamanahan terbaik.
• Menjalin hubungan strategik dengan koperasi, institusi kewangan & agensi kerajaan.
• Memfokus kepada kepuasan pelanggan dan pulangan mampan.

Nilai Teras

Integriti – Jujur, telus dan berpegang pada prinsip moral.
Anti Rasuah & Suapan – Larangan mutlak terhadap sebarang bentuk rasuah.
Profesionalisme – Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.
Amanah – Mengutamakan kepentingan organisasi dan pelanggan.

Amalan Terbaik

• Mematuhi undang undang dan prinsip koperasi.
• Mengutamakan kepentingan organisasi.
• Prihatin terhadap persekitaran.
• Meningkatkan profesionalisme pengurusan.

Tanggungjawab Warga MAAB

• Mematuhi aturan organisasi dan dasar ICT.
• Menjaga keselamatan serta kerahsiaan maklumat.
• Menolak rasuah, suapan dan konflik kepentingan.
• Berpakaian kemas dan profesional.
• Menjauhi dadah, alkohol dan bahan terlarang.
• Menghormati waktu bekerja dan cuti.
• Menggunakan aset organisasi dengan berhemat.
• Menjaga kebajikan, keselamatan dan kesihatan persekitaran kerja.
• Menunjukkan prestasi cemerlang dan menerima pengiktirafan sewajarnya.

Tanggungjawab Kepada Pelanggan

• Memberi layanan baik tanpa diskriminasi.
• Menjauhi sebarang bentuk gangguan.
• Membina hubungan strategik dengan agensi luar.
• Menyediakan perkhidmatan berkualiti, telus dan bebas daripada salah guna kuasa.

Kod Etika Pembekal Dan Rakan Niaga

Pengenalan

Kod Etika ini menetapkan prinsip dan standard tingkah laku bagi semua pembekal, kontraktor, perunding, ejen, rakan usaha sama dan rakan perniagaan MAAB. Ia memastikan urusan dijalankan secara beretika, telus, berintegriti dan mematuhi undang‑undang, khususnya berkaitan pencegahan rasuah.

Skop

Terpakai kepada semua pihak yang membekalkan barangan/perkhidmatan, mewakili MAAB, atau terlibat dalam urusan perniagaan dengan MAAB.

Prinsip Utama

• Pematuhan Undang‑Undang – Mematuhi semua undang‑undang dan peraturan berkaitan.
• Integriti & Anti‑Rasuah – Toleransi sifar terhadap rasuah, suapan atau faedah tidak wajar.
• Hadiah & Hiburan – Tidak memberi atau menerima hadiah/hiburan yang boleh mempengaruhi keputusan perniagaan.
Konflik Kepentingan – Elakkan situasi yang menjejaskan objektiviti; dedahkan segera jika berlaku.
Ketelusan Rekod – Menyimpan rekod perniagaan yang tepat dan benar; tidak memalsukan dokumen.
Anti Pengubahan Wang Haram – Memastikan semua dana dan urus niaga sah dan telus.
Pelaporan Salah Laku – Melaporkan sebarang rasuah atau pelanggaran melalui saluran rasmi MAAB; pemberi maklumat dilindungi.

Pematuhan & Tindakan

Kegagalan mematuhi Kod Etika boleh mengakibatkan penamatan kontrak, tuntutan ganti rugi atau tindakan undang undang.

Perakuan

Semua pembekal dan rakan perniagaan wajib membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi Kod Etika ini.

Scroll