AMANAH
Apakah Itu Amanah
Amanah adalah perjanjian (Surat Ikatan Amanah) yang membolehkan seseorang (Penderma) memberikan tanggungjawab undang-undang atas aset mereka kepada orang lain (Pemegang Amanah) untuk pihak ketiga yang menerima (Benefisiari / Pemegang Amanah)

Amanah Takaful / Insurans
Memastikan pampasan takaful / insurans diagihkan dan diuruskan kepada penerima / benefisiari yang diinginkan dengan membuat Amanah Takaful / Insurans.
MYANGKASA AMANAH BERHAD (MAAB) dilantik sebagai Pemegang Amanah untuk pampasan takaful / insurans yang diperolehi untuk diagihkan dan diuruskan kepada penerima / benefisiari yang diinginkan sepertimana arahan / terma Surat Ikatan Amanah yang dipersetujui.
Syarat Sijil Takaful / Polisi Insurans Yang Boleh Diamanahkan
- Sijil / polisi hayat samada seumur hidup atau bertempoh tertentu
- Sijil / polisi mempunyai nilai pampasan tunai disebabkan kematian
- Sijil / polisi masih berkuatkuasa (inforced) semasa dokumen Amanah Takaful / insurans dibuat
- Syarikat takaful / insurans yang terlibat membenarkan Serahan Mutlak (Absolute Assignment) dibuat kepada MYANGKASA AMANAH BERHAD
- Sijil / polisi tidak ada pertindihan Serahan Mutlak (Absolute Assignment) dari pihak lain yang melibatkan apa-apa cagaran / hurang
- Pengagihan pampasan manfaat kematian takaful / pampasan kematian tidak tertakluk kepada Harta Pusaka dan boleh diagihkan kepada mana-mana penerima / benefisiari yang diipilih
- Melantik MAAB sebagai Pemegang Amanah untuk penerimaan manfaat kematian pampasan takaful / pampasan kematian insurans akan mewujudkan usur kawalan yang boleh dipercayai terhadap pengagihan dan pengeluaran wang Amanah khususnya bagi kesinabungan hidup waris bagi tempoh jangka panjang serta menjaga kepentingan anak di bawah umur dan kurang upaya
- Pemegang Amanah akan menagihkan kepada penerima / benefisiari dan menguruskan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan di dalam Surat Ikatan Amanah yang telah dipersetujui
- Di dalam Surat Ikatan Amanah, Pemegang Sijil / Polisi berhak menentukan dan mengawal cara wang tersebut dibelanjakan serta dibahagikan kepada penerima / benefisiari. Pemegang Amanah (MAAB) adalah badan pelaksana kawalan tersebut
- Walaupon benefisiari di bawah umur haknya masih terjamin dan akan segera mendapat manfaat daripada pampasan takaful tersebut mengikut terma dan syarat dalam Surat Ikatan Amanah
Syarat Sijil Takaful / Polisi Insurans Yang Boleh Diamanahkan
Amanah Tunai
AMANAH TUNAI INDIVIDU – Menyediakan sumber kewangan / pendapatan segera kepada benefisiari selepas kematian penderma. Penderma boleh mengagihkan Dana/ modal Amanah untuk tujuan dan hasrat tertentu kepada penerima / benefisiari melalui Pemegang Amanah sepertimana yang dinyatakan dalam Surat Ikatan Amanah
AMANAH TUNAI KORPORAT – Amanah yang diterima daripada institusi / perbadanan / agensi kerajaan / yayasan / kelab / syarikat / persatuan / badan korporat atau koperasi bertujuaan menyediakan tabung amanah untuk dana / modal amanah diagihkan kepada penerima / benefisiari untuk tujuan dan hasrat tertentu penderma korporat

Kebaikan Amanah Tunai
- Memastikan Penerima / Benefisiari dilindungi dan terpelihara daripada masalah kewangan
- Dana Amanah ini ini tidak termasuk dalam pembahagian Harta Pusaka dan tidak boleh dituntut oleh waris lain
- Sesuai untuk menjaga kepentingan anak di bawah umur dan mengelakan salahguna harta oleh pihak lain selepas khususnya apabila berlakunya kematian penderma
- Penderma boleh mengubah terma & syarat di dalam Surat Ikatan Amanah pada bila-bila masa
- Pemilik harta tunai masih mempunyai kuasa terhadap tunai yang diamanahkan semasa hidup sama ada membuat pengeluaran ataupun membuat penambahan tunai ke akaun Amanah yang dibuka
- Membolehkan institusi / perbadanan / agensi kerjaan / yayasan / kelab / syarikat / persatuan / badan korporat atau koperasi menguruskan Dana Amanah untuk tujuan dan hasrat tertentu melalui pelantikan MAAB sebagai Pemegang Amanah MAAB