HIBAH

Apakah Itu Hibah

Hibah adalah suatu akad / kontrak pemberian milikan harta seseorang kepada seseorang yang lain, semasa hidupnya secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang balasan 

Rukun & Syarat Hibah

01.

Penghibah

Individu beragama Islam yang berumur 18 tahun ke atas, waras dan mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya.

02.

Penerima Hibah

Individu beragama Islam atau bukan Islam yang layak berdasarkan peruntukan hukum dan perundangan dan mampu menerima aset yang dihibahkan oleh penghibah.

03.

Harta

Harta hibah hendaklah bebas daripada segala bebanan hutang, tiada sekatan dari segi perundangan dan harta boleh dipindahmilik.

04.

Sighah (Ijab & Qabul)

Sighah hibah merupakan lafaz atau perubatan yang membawa maksud pemberian dan penerimaan hibah.

Perkhidmatan Hibah MAAB

HIBAH HARTANAH

Hibah Hartanah adalah pemberian harta hibah iaitu hartanah melalui konsep hibah dan amanah oleh pemberi hibah semasa hidupnya kepada penerima hibah atas dasar kasih sayang dan secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang balasan. Pemberian tersebut adalah melalui Ijab & Qabul (Sighah) di dalam dokumen Surat Ikatan Hibah / Amanah yang diperuntukkan terma-terma dan syarat-syarat yang dipersetujui dan berkuatkuasa serta merta selepas disempurnakan.

Syarat Hibah

Kebaikan Hibah Hartanah

HIBAH SAHAM KOPERASI

MAAB menjalinkan kerjasama dengan koperasi yang berminat bagi menawarkan satu instrument Perancangan Harta Pusaka bagi Saham Koperasi yang berlandaskan Syariah yang mana menerapkan konsep Hibah & Amanah berbanding konsep Penamaan sebelum ini.

Hibah Amanah Saham Koperasi yang ditawarkan MAAB, yang mana pemilik saham / Penghibah akan menghibahkan saham koperasinya kepada Penerima Hibah dan akan dipindah milik kepada Penerima Hibah selepas kematian Penghibah. Walaubagaimanapun Jalinan kerjasama ini memerlukan pihak koperasi untuk menyemak dan meminda Undang-undang Kecil Koperasi bagi perlaksanaan Hibah ini jika perlu.

Syarat Hibah

Kebaikan Hibah Saham Koperasi

Jom Anda Bersama MAAB