AMANAH PUSAKACARE
(APC)

Apakah Itu Amanah PusakaCare
(APC)

Amanah PusakaCare adalah satu produk Amanah yang bertujuan membantu waris dan benefisiari bagi menyelesaikan fi dan kos pentadbiran pusaka peserta/pelanggan kelak apabila berlaku kematian. 

Matlamat Produk

Prosedur dan proses tuntutan harta pusaka mesti dibuat sebelum harta pusaka dapat diagihkan kepada waris-waris Faraid dan benefesiari. Urusan tersebut akan dilakukan sehingga selesainya harta pusaka (milik simati) diturunkan milik dan dipindah milik kepada waris atau benefisiari.

Pengurusan harta pusaka tidak percuma, Ia melibatkan tenaga, pengetahuan, kemahiran, pengalaman serta kos-kos melibatkan bayaran berbentuk kewangan samada kes besar atau kes kecil bergantung kepada nilai dan jenis harta pusaka.

Diantara cabaran terbesar adalah harta yang ditinggalkan oleh simati tidak cukup untuk menampung kos pentadbiran harta pusaka, dan dalam masa yang sama waris tidak mampu menanggung kos tersebut. Akibatnya urusan pentadbiran harta pusaka tertangguh dan tidak dapat diselesaikan dengan baik.

Syarat Sijil Takaful / Polisi Insurans Yang Boleh Diamanahkan

Syarat Sijil Takaful / Polisi Insurans Yang Boleh Diamanahkan

Amanah Tunai

AMANAH TUNAI INDIVIDU – Menyediakan sumber kewangan / pendapatan segera kepada benefisiari selepas kematian penderma. Penderma boleh mengagihkan Dana/ modal Amanah untuk tujuan dan hasrat tertentu kepada penerima / benefisiari melalui Pemegang Amanah sepertimana yang dinyatakan dalam Surat Ikatan Amanah

AMANAH TUNAI KORPORAT – Amanah yang diterima daripada institusi / perbadanan / agensi kerajaan / yayasan / kelab / syarikat / persatuan / badan korporat atau koperasi bertujuaan menyediakan tabung amanah untuk dana / modal amanah diagihkan kepada penerima / benefisiari untuk tujuan dan hasrat tertentu penderma korporat

Kebaikan Amanah Tunai

Jom Anda Bersama MAAB